Pages

Friday, March 28, 2014

Serakah Bab 12



Bab 12
Sharifah Khadra meraba-raba perutnya. Dia tersenyum manis. Akhirnya doanya untuk mendapatkan cahaya mata selepas lima tahun mendirikan rumah tangga dikabulkan Tuhan. Sharifah Khadra sedang mengandungkan anak sulung. Hari ini kandungannya genap tujuh bulan.
Sharifah Khadra memetik bunga mawar yang sedang mekar di halaman rumahnya. Kelopak mawar merah itu diciumnya. Ia harum dan segar. Lantas perempuan itu teringatkan suaminya yang bersusah payah menanam mawar merah itu untuknya. Suaminya ialah Sayyid Irfan, diplomat berpengaruh Tanah Jawi yang bertugas di Bisza.  
Sharifah Khadra memetik beberapa kuntum mawar merah lagi. Lalu menciumnya dan tersenyum manis meleret. Tiba-tiba Sharifah Khadra merasa sengal pada perutnya. Dia merasa-rasa perutnya dan kemudian segera pulang ke rumah. Orang gaji yang melihat keadaannya segera memanggil kedua orang tuanya. Ibunya, Siti Mariam dan bapanya Sayyid Awalluddin segera mendapatkannya yang terbaring di bangku panjang di ruang tamu. Pihak hospital dihubungi.

Serakah Bab 11



Bab 11
Sebuah helikopter terbang melintasi sebuah padang rumput hijau yang amat luas. Helikopter itu membawa Syeikh Hakim, seorang lelaki yang berpengaruh di Tanah Jawi. Syeikh Hakim meneliti padang berumput hijau itu melalui tingkap helikopter itu. Bunga pohon sufra, pohon-pohon besar yang tumbuh subur menghiasai padang berumput hijau itu, sudah pun bertukar warna daripada putih ke merah pekat. Bunganya yang berbentuk sfera dan seperti bunga lalang itu pun sebahagian kecilnya sudah relai-relai dan ditiup angin.
Helikopter itu melintasi sebuah jurang yang memisahkan padang rumput hijau itu dengan sebuah dataran subur. Di dasar jurang itu kelihatan Sungai Biru yang mengalir tenang. Di ruang udaranya sekumpulan wirja, sejenis burung besar yang badannya seperti ikan pari dan bertompok hijau dan oren, sedang terbang berkumpulan. Hanya kawasan-kawasan tertentu di Tanah Jawi menjadi habitat tunggal burung itu di dunia ini.

Serakah Bab 10



Bab 10
Loqan bertindak dengan segera. Dia berjumpa dengan sekumpulan sekutunya. Mereka bersedia untuk melaksanakan tugas pembunuhan David Feller dan penyokong-penyokongnya. Sampai waktu, pada tarikh yang ditilik paling baik untuk melaksanakan tugas tersebut, maka misi itu pun dilaksanakan.

Kolam Renang Istana Agung, kediaman Keluarga Rushel.
Ken Rushel, ketua terkini Keluarga Rushel, masuk ke dalam kolam renang. Dia ingin menenangkan fikiran dengan terapung di permukaan air sambil mendengar Beethoveen No 5. Dia dikawal ketat oleh sekumpulan pengawal keselamatan yang berada di setiap penjuru kolam renang. Kawasan itu juga dilengkapi dengan kamera pengesan wajah yang diletakkan di sekitar kawasan kolam renang itu.
Ken Rushel mengapungkan badan di tengah-tengah kolam. Dia memejamkan mata sambil menghayati susunan muzik Beethoven No 5. Segala kekusutan dunia hilang dan dirinya diulit tenang nota-nota lagu itu.
Di halaman Istana Agung itu, seorang demi seorang pengawal keselamatan tumbang. Mereka dibunuh oleh sekumpulan vampire. Kepala setiap pengawal keselamatan itu dipisahkan dari badan masing-masing. Kumpulan vampire itu bergerak dengan amat pantas. Ia menyerang dalam sekelip mata sahaja.

Serakah Bab 9



Bab 9
Belum ada petunjuk baru di mana lokasi sebenar Ainul Hayat. Hal ini merungsingkan Rukhu Racha. Dia sudah menggunakan semua sumber ke tahap maksimum. Kredibilitinya sebagai ketua majlis pasti diragui jika projek itu gagal. Kedudukannya pastinya akan dicabar oleh musuh-musuhnya.
Beberapa orang ketua keluarga sudah menyuarakan ketidakpuasan terhadap projek tersebut. Maklumat risikan yang diterimanya juga menunjukkan David Feller sedang menggerakkan usaha untuk menjatuhkannya. Dia tidak mahu hari malang itu berlaku. Dia sayangkan kuasa yang ada padanya. Dia mahu menjadi antara manusia paling berkuasa di atas muka bumi ini selama-lamanya.
“Dokumen dari Istana Raja Portugal tidak membantu. Banyak bahagian yang sudah pudar dan hilang. Tulisan rencong yang digunakan juga terlalu banyak kiasnya,” kata Loqan. “Kita belum dapat merungkai sesetengah makna ayatnya. Ia terlalu pelik dan seolah-olah menyembunyikan sesuatu.”

Thursday, March 27, 2014

Serakah Bab 8



Bab 8
Misi mencari Ainul Hayat dihidupkan semula serta merta. Cendekiawan-cendekiawan terbaik dari seluruh negara Alam Hitam dikumpulkan. Mereka diberi ganjaran dan layanan terbaik. Dikumpulkan di Pulau Kayel, sebuah pulau rahsia yang tidak wujud di dalam mana-mana peta moden. Hanya ahli-ahli Majlis Tertinggi Alam Hitam sahaja yang mengetahui tentang kewujudannya.
Semua cendekiawan yang dikumpulkan itu dibius sehingga tidak sedarkan diri sebelum diterbangkan ke pulau tersebut. Bila terjaga masing-masing baru tersedar bahawa mereka sudah berada di dalam bilik –bilik yang serba mewah di pulau itu.
Projek mencari Ainul Hayat itu di ketuai oleh Loqan. Kumpulan penyelidik projek itu menilai, mengkaji dan membuat kesimpulan semula terhadap beratus ribu skrol, manuskrip, kitab lama dan baru untuk mencari bukti kewujudan serta lokasi Ainul Hayat. Kebanyakkan sumber itu dicuri daripada orang perseorangan, pertubuhan-pertubuhan dan perpustakaan-perpustakaan rahsia dan arkib-arkib di seluruh dunia. Tugas mencuri itu diserahkan kepada agen-agen terbaik mereka di PPA.
Kumpulan penyelidik menyimpulkan bahawa Ainul Hayat memang wujud tetapi lokasinya masih belum dapat disahihkan.
Beberapa kumpulan pencari yang terdiri daripada pengembara-pengembara terkenal Alam Hitam ditubuhkan untuk pergi ke lokasi-lokasi yang diandaikan.

Serakah Bab 7


Bab 7
Rukhu Racha mengadakan satu mesyuarat tergempar beberapa hari selepas perbualan dengan Loqan itu. Semua ahli Majlis Tertinggi Alam Hitam menghadiri mesyurat tergempar itu. Keadaan tegang sekarang kerana perbalahan pendapat antara mereka.
“Kita sudah lakukan penyelidikan tentang Ainul Hayat lama dahulu. Tetapi ia diberhentikan kerana semua petunjuk yang dikumpul menyatakan Ainul Hayat itu dongeng dan tidak berasas,” jelas David Feller.
“Aku yakin Ainul Hayat itu wujud. Mungkin ada petunjuk-petunjuk yang terlepas pandang oleh para penyelidik itu,” pertahan Rukhu Racha.

Serakah Bab 6


Bab 6
Bilik bacaan Istana Abadi itu sangat besar. Beribu buku tersusun rapi di rak-rak setinggi syiling. Kebanyakkan buku yang ada di situ berusia berpuluh malah beratus tahun. Sebahagiannya amat berharga dan sukar diperolehi. Dinding bilik bacaan itu dihiasi dengan potret-potret besar semua tokoh dalam Keluarga Racha. Kebanyakkan tokoh tersebut kurang dikenali dunia tetapi amat berpengaruh dalam mencatur arah tuju dunia.
Tetapi sekarang dialah satu-satunya lelaki normal di dalam keturunan tersebut. Semua sepupu lelakinya dari pada empat bapa saudaranya cacat bila mencapai usia tertentu. Dan semua anak saudara lelakinya juga mengalami nasib yang sama. Ia pelik tetapi benar. Tiada siapa tahu apa yang berlaku walaupun keturunan Keluarga Racha itu sudah melakukan pelbagai cara perubatan terkini untuk mendapatkan zuriat lelaki yang normal.

Wednesday, March 26, 2014

Serakah Bab 5



Bab 5
Rukhu Racha belum mati. Sekumpulan doktor pakar terbaik Alam Hitam yang mendiagnosisnya bersetuju bahawa kesihatannya baik. Rukhu Racha dibenarkan pulang ke rumah. Selepas tiga hari Rukhu Racha mulai berasa badannya lemah. Keesokannya anak-anak bisul seperti ruam mulai tumbuh. Ia merebak seperti kayap ular. Badannya panas seperti bara api. Bibir dan tapak kakinya merekah-rekah berkeping-keping. Ulser kecil dan besar bertompok-tompok pada langit-langit dan dinding mulut. Kahak mulai berkumpul sedikit demi sedikit pada pangkal kerongkong.

Serakah Bab 4


                                          Bab 4
Tiga garis asap kelihatan sedang bergerak pantas pada ketinggian hanya beberapa sentimeter dari permukaan tanah. Asap-asap itu berwarna kelabu, coklat pekat dan merah. Kepala garis asap berwarna kelabu berbentuk seperti kepala helang botak. Kepala garis asap berwarna coklat pekat pula berbentuk seperti kepala harimau. Dan kepala asap yang berwarna merah pula seperti kepala ular tedung. Ketiga-tiga garis asap itu kini tiba di luar pagar elektrik bervoltan tinggi Istana Abadi. Ia melepasi pagar elekrik bervoltan tinggi itu hampir serentak dan berpecah sebaik melepasinya.

Serakah Bab 3



                                                       Bab 3
Kematian Rocha Racha itu sudah pun dimaklumkan kepada ketua-ketua keluarga, ahli-ahli Majlis Alam Hitam, ketua-ketua negara terpilih, tokoh-tokoh berpengaruh dalam segenap bidang dan lain-lain. Upacara pengebumian Rocha Racha itu dihadiri oleh ratusan orang penting dari seluruh pelusuk Alam Hitam. Dua belas ketua keluarga, ahli-ahli Majlis Alam Hitam, orang-orang berpengaruh dan ketua-ketua negara Alam Hitam diberi peluang untuk melakukan penghormatan terakhir. Seluruh kawasan perkuburan rahsia itu dikawal rapi oleh oleh ratusan pengawal keselamatan terlatih. Beberapa buah helikopter Apache mengawasi ruang udara. Nun di atas langit yang lebih tinggi beberapa buah jet pejuang bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan pencerobohan ke ruang udara kawasan perkuburan rahsia itu. Beberapa buah kenderaan anti-misil ditempatkan di tempat-tempat strategik. Kenderaan yang dilengkapi dengan sistem radar juga ditempatkan di kawasan sekitar. Begitulah pentingnya manusia bernama Rocha Racha itu. Pengebumiannya mengalahakan pengebumian seorang ketua negara.

Serakah Bab 2


Bab 2
Beberapa buah kereta mewah Rolls Royce hitam sedang menyusuri jalan bertar menuju ke Istana Abadi. Semua kereta Rolls Royce itu membawa pawang-pawang terhandal dari setiap pelusuk dunia. Kehadiran mereka ke situ khusus untuk cuba mengubati Rocha Racha. Mereka dijemput khusus oleh Rukhu Racha setelah sekumpulan doktor pakar terbaik dunia mengesahkan penyakit Rocha Racha itu misteri bagi perubatan moden.

Tuesday, March 25, 2014

Serakah Bab 1


Bab 1
Langit dipenuhi oleh awan kelabu yang berkepul-kepul. Lidah-lidah petir sesekali menjelir dari balik kepulan-kepulan awan kelabu itu. Disusuli oleh guruh yang berdentum dentam dan kadang kala menggerutup kasar. Seluruh kawasan di bawahnya diserkupi oleh kegelapan dan hanya sekali sekala diperciki oleh denyar cahaya petir.

MH 370 : Akhir Untuk Mula



Kenyataan Rasmi YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak #MH370 - 24/03/14

Malam ini saya telah diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Kemalangan UK Air Siasatan Cawangan (AAIB). Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat,syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah melaksanakan pengiraan yang lebih lanjut mengenai data. Menggunakan sejenis analisis tidak pernah sebelum ini digunakan dalam satu penyiasatan seperti ini, mereka telah dapat menumpahkan lebih banyak cahaya pada laluan penerbangan MH370 itu.

Berdasarkan analisis terbaru mereka, Inmarsat dan AAIB telah menyimpulkan bahawa MH370 terbang di koridor selatan dan bahawa kedudukan terakhir adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.

Ini adalah lokasi yang jauh, jauh dari mana-mana tapak pendaratan yang mungkin. Oleh itu, adalah dengan kesedihan yang mendalam dan menyesal bahawa saya mesti memberitahu anda bahawa, menurut ini data baru, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan India.

Kami akan mengadakan satu sidang akhbar esok dengan maklumat lanjut. Dalam pada itu, kita mahukan untuk memberitahu anda mengenai perkembangan baru ini pada peluang terawal. Kami berkongsi maklumat ini daripada komitmen untuk keterbukaan dan menghormati keluarga, dua prinsip yang dipandu penyiasatan ini.

Malaysia Airlines sudah bercakap kepada keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka tentang perkembangan ini. Bagi mereka,beberapa minggu lalu telah menyayat hati,saya tahu berita ini mesti lebih sukar masih. Saya menggesa media untuk menghormati privasi mereka dan untuk membolehkan mereka ruang yang mereka perlukan pada masa yang sukar ini.



# Salam takziah buat keluarga penumpang dan krew. Sesungguhnya ia adalah qada' dan qadar Allah SWT. Setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Ini adalah satu pengakhiran kepada satu penantian. Dan satu penantian kepada permulaan kebenaran. Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancang.

.”…Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. (Luqman, 31:34 )




Sunday, March 23, 2014

Dodoian Sharifah Khadra Untuk Sayyid Muhriz



Inilah dodoian Sharifah Khadra untuk salah seorang anak kembarnya, Sayyid Muhriz ketika dalam pelayaran ke Jira, Tanah Jawi :

Putih berseri teratai desa
Kembang bugar di tasik Raja Naga
Tuhan kita ALLAH Yang Esa
Muhammad yang mulia nabi kita

Belayar kapal lumrahnya kita
Berdagang jauh ke tanah Kanaan
Rukun Islam ada lima
Laksanakan ia jangan ditinggalkan

Merentasi gunung zaman silam
Bersahabat dengan yeti dalam Shangri-La
Rukun Iman ada enam
Imani ia jaminan ke syurga

Kuntum melati ikhlas diserah
Harum bunganya tak dapat diendah
Leluhurmu Ibrahim dan Keturah
Bangsamu Melayu bangsa yang gah

Di mana pun engkau berada anakku
Ingatlah agamamu Islam yang mulia
Dan bangsamu Melayu yang gah

Kepada-Mu aku berserah, ya ALLAH

Mudah-mudahan anakku ini menjadi hamba yang taat kepada-MU



Serakah : Satu Pengenalan




Saya suka subjek sejarah semasa di bangku sekolah dahulu. Tetapi selalu berasa rendah diri bila membaca bagaimana kejatuhan Melaka di tangan Portugis. Saya berasa bangsa saya sungguh kerdil berbanding bangsa penjajah. Persenjataan penjajah lebih hebat berbanding persenjataan Kerajaan Melayu Melaka. Tetapi benarkah? Ia sangat kontradiksi dengan fakta bahawa Kesultanan Melayu Melaka adalah sebuah empayar maritim terulung di nusantara pada waktu itu. Mana mungkin sebuah empayar segah itu tidak mempunyai sistem pertahanan yang canggih untuk mempertahankan dirinya. Sejarah orientalis bagaikan langit dengan bumi dengan sejarah realiti. Sebenarnya bangsa melayu adalah bangsa yang hebat jauh sebelum tertegaknya Kesultanan Melayu Melaka. Dengan fakta itulah novel ini dihasilkan untuk menerangkan secara ringkas siapa itu bangsa melayu yang sebenarnya. Ia terangkum di dalam dodoian Sharifah Khadra kepada Sayyid Muhriz itu. Impian saya untuk melihat bangsa saya ini kembali gah seperti dahulu saya tumpahkan di dalam novel ini. Sambil membongkar realiti dunia sekarang yang dikawal oleh satu organisasi rahsia yang berada di belakang kuasa-kuasa besar dunia. 

 Pemangsa mencatur peristiwa dengan penuh rahsia. Lantas Melayu yang sudah sekian lama diam aman di Tanah Jawi mula menunjukkan dirinya yang sebenar kepada dunia. Buku akhirnya bertemu dengan ruas. Pengembaraan epik sekumpulan pemuda melayu pun bermula…

Nantikan kemunculannya......



Friday, March 21, 2014

Seputar MH370




Sejak dua minggu ini, cerita untuk manuskrip terbaru yang mengalir deras sejak beberapa hari itu lenyap begitu sahaja. Berita kehilangan MH370 itu merampas keghairahan aku untuk meneruskan 'Rakus', manuskrip terbaru yang sedang kuusahakan itu.
Sejak berita kehilangan MH370 itu sampai ke pengetahuanku, tumpuanku terus pada kes itu sehinggalah detik ini. Aku baca dan tonton semua sumber yang ada baik media cetak atau media elektronik. Buat pertama kali dalam hidup aku beli hampir kesemua surat khabar yang ada di pasaran setiap hari.
Kata ramai orang kehilangan MH370 adalah satu misteri. Tetapi benarkah kejadian itu satu misteri? Kata ramai orang juga kehilangan MH370 adalah satu konspirasi. Tetapi benarkah kejadian itu satu konspirasi? Atau ia hanya satu kemalangan yang luar biasa sifatnya?
Aku cenderung untuk mempercayai teori konspirasi itu. Ia bukan dibuat secara melulu tetapi selepas menyaring segala berita dan sumber. Barangkali juga disebabkan aku seorang penulis dan mungkin imaginasi atau fantasiku itu mempengaruhi (hahaha). Dan mungkin juga manuskrip yang baru kuhantar ke editor tempoh hari sama mempengaruhi. Di dalam manuskrip itu, yang diberi tajuk Serakah, ada babak di mana Majlis Tertinggi Alam Hitam, yang memperkudakan Amerika Syarikat dan sekutunya, melakukan satu operasi false flag untuk membangkitkan kemarahan Russia, China dan  dunia terhadap Islam dan Tanah Jawi.

Wallahualam....
 

Novel-Novel Alaf 21 Terbitan April 2014

Mempersembahkan novel-novel Alaf 21 untuk bulan April 2014 :


Dapatkan di kedai-kedai buku berdekatan anda nanti!