Bab 3
Kematian Rocha Racha itu sudah pun dimaklumkan kepada ketua-ketua
keluarga, ahli-ahli Majlis Alam Hitam, ketua-ketua negara terpilih, tokoh-tokoh
berpengaruh dalam segenap bidang dan lain-lain. Upacara pengebumian Rocha Racha
itu dihadiri oleh ratusan orang penting dari seluruh pelusuk Alam Hitam. Dua
belas ketua keluarga, ahli-ahli Majlis Alam Hitam, orang-orang berpengaruh dan
ketua-ketua negara Alam Hitam diberi peluang untuk melakukan penghormatan
terakhir. Seluruh kawasan perkuburan rahsia itu dikawal rapi oleh oleh ratusan
pengawal keselamatan terlatih. Beberapa buah helikopter Apache mengawasi ruang
udara. Nun di atas langit yang lebih tinggi beberapa buah jet pejuang bersiap
sedia dengan sebarang kemungkinan pencerobohan ke ruang udara kawasan
perkuburan rahsia itu. Beberapa buah kenderaan anti-misil ditempatkan di tempat-tempat
strategik. Kenderaan yang dilengkapi dengan sistem radar juga ditempatkan di
kawasan sekitar. Begitulah pentingnya manusia bernama Rocha Racha itu.
Pengebumiannya mengalahakan pengebumian seorang ketua negara.
Upacara
pengebumian Rocha Racha itu berlangsung singkat. Selepas selesai hadirin pun
pulang ke tempat masing-masing. Kecuali tiga belas ketua keluarga yang juga
adalah ahli-ahli Majlis Tertinggi Alam Hitam yang berhimpun di dalam sebuah
bilik mesyuarat yang terletak di tingkat lima bawah tanah Istana Abadi. Istana
Abadi itu terdiri daripada sepuluh tingkat. Lima tingkat di atas permukaan
tanah dan lima tingkat lagi di bawah permukaan tanah.
Mereka
duduk mengelilingi sebuah meja panjang yang besar. Dua buah kerusi di kedua-dua
hujung meja itu masih kosong.
Salah
seorang daripada ketua keluarga daripada tiga belas keluarga itu bangun. Dia
meminta perhatian daripada semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu. Semua
perbualan terhenti. Seluruh mata tertumpu kepada lelaki tersebut.
“Aku
cadangkan kita melantik David Feller sebagai ketua majlis yang baru,” kata Ken
Rushel, ketua Keluarga Rushel sekarang.
Semua
yang berada di situ berpandangan sesama sendiri. Masing-masing tidak tahu
bagaimana hendak melayan usul mengejut itu.
“David
Feller seorang yang berpengalaman dan dihormati,” sambung Ken Rushel lagi.
Beberapa
orang ahli Majlis Tertinggi Alam Hitam itu mengangguk-angguk setuju dengan
kenyataan Ken Rushel itu. Rukhu Racha yang turut berada di situ sebagai pengganti
mendiang bapanya cuma mendiamkan diri. Dia berasa tidak layak memberi sebarang
reaksi. Dia masih baru dalam majlis tersebut. Majlis Tertinggi Alam Hitam ialah
badan tertinggi di dalam Majlis Alam Hitam. Ia dianggotai oleh tiga belas
keluarga yang paling berkuasa dan berpengaruh di Alam Hitam. Ia adalah sebuah
badan pembuat dasar, keputusan, rancangan dan sebagainya di dalam Majlis Alam
Hitam.
“Kita
akan usulkan perkara ini,” putus Ken Rushel.
Brandon
Kulen, ketua Keluarga Kulen sekarang, bangun menyanggah, “Aku tidak setuju.
Kuasa untuk melantik ketua majlis yang baru adalah hak mutlak ....”
Brandon
Kulen berhenti berkata-kata. Daun pintu bilik mesyuarat itu dikuak secara
mengejut. Seorang lelaki memasuki bilik mesyuarat itu. Dua orang yang berdiri
menegakkan pendirian masing-masing tadi duduk tergesa-gesa. Mereka berdua
bangun semula selepas beberapa saat untuk menyertai ahli-ahli Majlis Tertinggi
Alam Hitam yang lain. Mereka memberi hormat kepada lelaki tersebut.
Lelaki
tersebut duduk di kerusi pada kepala kanan meja panjang itu. Semua ahli Majlis
Tertinggi Alam Hitam itu duduk semula selepas diberikan arahan oleh lelaki itu.
Lelaki itu diiringi oleh beberapa orang kanannya yang berdiri di belakangnya.
Muka setiap seorang daripada mereka bengis dan dingin.
Ken
Rushel meminta kebenaran untuk berkata sesuatu tetapi tidak dibenarkan oleh
lelaki tersebut. Suasana lengang seketika.
“Untuk
meneruskan misi agung kita aku lantik Rukhu Racha sebagai ketua yang baru,” kata
lelaki tersebut memecah lengang.
Semua
ahli Majlis Tertinggi Alam Hitam itu kelihatan amat terkejut dengan keputusan
lelaki tersebut. Tetapi, baik yang menyokong David Feller untuk menjadi ketua
yang baru atau yang menentang, sama-sama tidak berani menentang keputusan
lelaki itu. Mereka tahu kata-katanya adalah satu dekri. Kuasa memilih ketua
majlis yang baru atau apa sahaja adalah kuasa pregoratif lelaki tersebut sejak
dulu lagi. Jika ada yang cuba mempertikaikan apa jua keputusan lelaki tersebut
padahnya bukan kepalang.
“Aku
mahu majlis pertabalan dilangsungkan esok,” sambung lelaki itu lagi.
Selepas
itu lelaki itu terus meninggalkan bilik mesyuarat tersebut. Sebelum beredar dia
sempat menepuk bahu Rukhu Racha yang masih dalam riak terperanjat besar. Semua
ahli Majlis Tertinggi Alam Hitam mengucapkan tahniah kepada Rukhu Racha
termasuk David Feller dan Ken Rushel.
Majlis
pertabalan dilangsungkan pada keesokan malam di sebuah istana yang terletak di
sebuah pulau persendirian. Pulau itu adalah Pulau Sacros yang tidak wujud di
dalam peta. Tiada siapa tahu kewujudan pulau itu kecuali ahli Majlis Tertinggi
Alam Hitam dan orang- orang tertentu sahaja. Semua ahli Majlis Tertinggi Alam
Hitam menaiki pesawat khas untuk ke situ. Upacara itu dikendalikan keseluruhannya
oleh Keluarga Kulen.
Lelaki
pendek itu duduk di atas singgah sana yang besar. Ahli-ahli Majlis Tertinggi
Alam Hitam pula duduk pada kerusi yang berbaris di kiri dan kanan dewan
tersebut. Rukhu Racha dipanggil untuk mengadap lelaki tersebut. Rukhu Racha
mendekati singgahsana dan akhirnya berdiri tegak di hadapan lelaki tersebut.
Lelaki
tersebut memegang bahu Rukhu Racha dan berkata : “Aku, Raja Alam Hitam Barat,
melantik kamu sebagai ketua majlis yang amat berpengaruh di dalam dunia ini selagi
kamu mematuhi dengan nyawamu segala kod majlis ini.”
Kemudian
Rukhu Racha membaca teks sumpah setia terhadap lelaki tersebut dan majlis
dengan tangan kanannya diletakkan di atas sebuah kitab yang dibalut dengan kain
putih. Rukhu Racha sah menjadi Pindar Majlis Tertinggi Alam Hitam tersebut
sebaik selesai membaca sumpah setia tersebut. Dia sekarang adalah antara
manusia paling berkuasa di Alam Hitam. .....bersambung
No comments:
Post a Comment