Pages

Monday, December 3, 2012

TLC 5




4.3

Tempat letak kereta masjid itu penuh diisi kereta. Beberapa buah kereta mewah pakir betul-betul di depan tangga masjid. Di celah-celah kereta mewah itu, beberapa orang budak lelaki yang memakai baju melayu, siap bersongkok hitam dan bersampin, sedang berkejar-kejaran, sempat bermain. Kemudian mereka berlari masuk ke dalam dewan sembahyang masjid itu. Diam, duduk di satu sudut sambil melihat sekumpulan orang dewasa yang sedang tekun mendengar nasihat daripada seorang tua yang putih bersih mukanya. Orang tua itu ialah tok kadi. Sedang tok kadi memberi penerangan kepada bakal-bakal pengantin yang bakal diakadnikah nanti, beberapa kilometer dari situ, sebuah kereta sedang meluncur laju di atas jalan raya. Melanggar semua lampu isyarat merah dan memotong semua kereta di hadapan. diketahuinya. Itu pun selepas ditengking oleh kakak Natasha setelah dia menelefon rumah Natasha semalam : “Jangan telefon ke sini lagi. Buat pengetahuan Zali, Natasha dah nak kahwin. Dia akan jadi isteri orang esok!” Lantas, malam semalam, dia berlegar di luar rumah Natasha untuk mendapatkan kesahihan. Memang benar kerana rumah Natasha itu meriah dengan orang. Dan salah seorang dari sepupu lelaki Natasha yang kebetulan berada di luar pagar rumah itu sempat bersembang dengannya. Dari sepupu lelaki Natasha itulah Zali mendapat tahu bahawa majlis akad nikah akan disempurnakan jam sepuluh pagi ini, di masjid yang sedang ditujuinya. Zali terbangun lewat tadi kerana tidur lambat. Sekarang terpaksa tekan pedal minyak Satrianya serapat-rapatnya.
Pemandu kereta itu ialah Zali. Berita perkahwinan Natasha itu baru
“Saya terima ni …”
Tiba-tiba majlis akad nikah itu terhenti bila Malik berhenti dari terus melafazkan akad nikah. Telinga Malik terdengar suara jeritan seseorang di luar masjid. Dan tiba-tiba semua orang yang berada di dewan sembahyang itu kelam kabut menuju ke pintu-pintu masjid.
“I cintakan you, Natasha! I cintakan you, Natasha!!!” jerit Zali berulang kali sebaik tiba di perkarangan masjid itu.
Abang ngah Natasha mendekati Zali, memujuknya supaya beredar secara terhormat dari situ. “Ini majlis mulia. Jangan cuba buat kacau.”
Zali tidak peduli, terus memanggil-manggil nama Natasha.
Natasha sudah muncul di salah sebuah muka pintu masjid itu dengan ditemani oleh emak, emak saudara dan sepupu-sepupu perempuannya.
“Natasha … kenapa you kahwin dengan orang lain? You kan dah janji nak kahwin dengan I. Jangan tinggalkan I,” rayu Zali. Kemudian menyambung lagi, “I seorang saja yang dapat bahagiakan you. You dah lupa saat kita …”
Kata-kata Zali itu dicelah oleh Natasha yang bimbang jika rahsia mereka pernah tidur bersama berpuluh kali itu terbongkar. “I tak cintakan you, Zali. I hanya cintakan Abang Malik.”
“Tergamak you buat begini pada I, Natasha. Selepas I tinggalkan keluarga I. Selepas …”
Abang Natasha berang lalu terus menarik Zali yang belum habis berkata itu dari situ. Abang Natasha dibantu oleh beberapa orang lelaki lain. Sambil meronta-ronta minta
dilepaskan, Zali tidak habis-habis menjerit, menyumpah : “Natasha, you takkan hidup senang. Kalau I susah, you pun akan susah. Keluarga mata duitan!!!”
Malik geleng kepala. Tok kadi geleng kepala. Dan kemudian semua orang kembali ke tengah dewan sembahyang itu. Selepas beberapa minit, majlis akad nikah itu pun berjaya disempurnakan. Natasha sah menjadi milik Malik setelah lafaz akad nikah meluncur lancar dan terang dari mulut Malik.


4.4

Di dalam kereta, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, bapa Natasha berbual dengan abang ngah Natasha.
“Kita tak boleh biarkan si Zali tu kacau Natasha lagi, bah,” kata abang ngah Natasha.
Bapa Natasha mengangguk. Setuju benar dengan kata anaknya itu. “Abah fikir pun begitu. Dalam dua minggu ni, Zali tu memang nampak macam orang gila talak. Dua tiga kali abah nampak dia lalu lalang di depan rumah kita. Kita mesti buat sesuatu,” kata bapa Natasha.
“Apa kita nak buat dengan dia, bah?” tanya abang Natasha lagi.
“Pandai-pandailah abang ngah uruskan,” jawab bapa Natasha, tersenyum memandang anaknya yang sedang memandu itu.
Natasha yang diapit di belakang oleh emak dan salah seorang sepupu perempuannya itu membatukan diri.
Dan malam itu, sewaktu Natasha dan Malik melayari malam pertama mereka itu, Zali pula ditarik oleh sekumpulan lelaki bertubuh sasa dan berotot kental ke sebuah kebun getah di Bukit Lengkok. Zali dibelasah di situ. Pada mulanya dia melawan tetapi akhirnya terkulai. Matanya bengkak, mulutnya pecah berdarah dan kaki kanannya patah. Zali ditinggalkan terbongkang di situ setelah pengsan.

No comments:

Post a Comment