Pages

Saturday, December 1, 2012

Berjurai Air Mata Ku Kerana Mu....



Pedih mata haih! Pagi-pagi dah kena potong bawang. Pekerja tak datang. Jadi akulah kena tolong sediakan bahan untuk tukang masak. Kenapa kita menangis bila potong bawang?

Imej dari Hipersian

Kalau korang nak tahu sebetulnya kita bukan menangis ketika memotong bawang. Ini kerana bawang menghasilkan sejenis bahan kimia ketika dipotong yang boleh menyebabkan kita mengalirkan air mata.

Bahan yang dikenali sebagai syn-propanethial-s-oxide itu merangsang kelenjar air mata untuk mengeluarkan air mata.

Oleh itu apabila kita memotong bawang, enzim yang merangsang air mata akan tersebar ke udara dan menukarkan sulfoksida bawang kepada asid sulfenik yang tidak stabil.

Ia seterusnya bertukar menjadi synpropanethial-s-oxide lalu ia tersebar ke udara lantas bersentuhan dengan mata seterusnya merangsang kelenjar air mata dan menyebabkan kita seolah-olah menangis.

Oleh sebab itu, biarpun kita memakai cermin mata, kita akan tetap menangis apabila memotong bawang.

Macamana nak elak daripada menangis bila potong bawang?

Rendam bawang dengan air sebelum potong. Ataupun korang potong bawang di bawah siraman air. Ini akan menyebabkan  sulfoksida tu larut di dalam air sebelum sempat terbebas ke udara. 

Lepas ni tak payah berair mata dah bila potong bawang. Tak perlu juga berhelmet macam dua orang bro di atas tu. Melampau!









1 comment:

  1. haha.... tips yang menatik.. tapi macam melampau je pakai helmet siap :P

    ReplyDelete