Adoi, pedih mata dibuatnya. Terlupa basuh tangan lepas potong cili. Mata gatal tonyoh pakai tangan yang sama. Berkejaranlah aku mencari pili air. Berpijar jugaklah mata dibuatnya. Rasa panas dan kebas je sekeliling mata ni. Kenapa cili pedas? Cari-cari info sambil mata pedih akhirnya teringat pada satu artikel yang isteri aku pernah hantar dalam kotak Yahoo Mail hari tu.....
Rasa pedas cili terhasil daripada sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai kapsaisin (methyl-Nvanilil-6-nonemida).
Kapsaisin ialah sebatian yang bertanggungjawab ke atas takat kepedasan dalam cili di mana sebatian tersebut memiliki rantai kumpulan isodesenoik dihasilkan daripada asid lemak berbentuk trans.
Manakala bahagian vanililamina disintesis adalah berasal daripada asid amino fefnilalanina dan tairosina.
Antara faktor mempengaruhi kandungan kapsaisin dalam buah cili adalah daripada sefi variety, lokasi, geografi, keadaan tumbesaran, kaedah pemerosesan, peringkat kematangan dan lokasi bahagian anotami.
Malah, cahaya, suhu dan keadaan pembajaan juga boleh mempengaruhi jumlah kapsaisin di dalam cili.
owh..baru tau..nice fact :)
ReplyDelete