Selepas tengok Twilight Saga : Breaking Dawn Part 2 Baca Di Sini , aku dan isteri terus pergi ke kenduri kahwin di Dewan Bandaran Kulim, di tepi Tasik Putra Kulim. Kenduri ni kenduri kahwin anak Abang Lan. Abang Lan ni pekerja di kilang tempat aku mengusahakan kantin. Kenduri kahwin ni adalah peluang kedua untuk isteri aku makan nasi minyak.
Kami sampai 15 minit selepas bergerak daripada Kulim Landmark Centre. Dewan Bandara Kulim tu dekat je. Tak mungkin kami sesat sebab tempat sendiri.....
Ramai tetamu. Penuh meja.
Terus pergi ke meja makanan
Walaa.... nasi minyak! Isteri aku tersenyum-senyum. Tamat juga ngidamnya....
Macam aku kata dalam Kenduri Kahwin1 dulu, Itulah, kita mahu tapi Allah jualah yang menentukan apa rezeki pada waktu itu. Nampaknya Allah beri rezeki nasi minyak untuk isteri aku pada hari itu.
p/s : teringat majlis resepsi aku dan isteri yang diadakan di dewan yang sama dulu.
No comments:
Post a Comment