"Anggota badan beberapa rakan saya bersepah di atas jalan, malah otak mereka turut hancur. Paling sedih ketika saya mengangkat mayat seorang daripada mereka yang tubuhnya hampir diputus dua akibat digilis treler," kata Abdul Nasir Abdul Rahman, 49, rakan empat pekerja kontraktor syarikat Propel yang maut digilis sebuah treler, awal pagi semalam.
Kemalangan ngeri yang berlaku pada pukul 4.30 pagi itu menyebabkan tiga orang maut dan enam orang parah. Ia berpunca daripada treler yang membawa coklat hilang kawalan dan memasuki lorong kecemasan lalu merempuh lapan pekerja Propel yang sedang melakukan tugas pemasangan kabel optik di bahu lebuhraya.
Treler itu juga turut merempuh empat kenderaan lain iaitu sebuah lori satu tan, van, pacuan empat roda dan kereta Proton Iswara yang dinaiki semua mangsa untuk ke tempat mereka bekerja.
Pemandu treler memberitahu dia tidak nampak kon keselamatan yang diletak di lorong kecemasan. Keadaan ketika itu gelap dan jalan licin kerana hujan renyai. Pemandu treler tersebut direman untuk membantu siasatan.
Sumber : Harian Metro
No comments:
Post a Comment