Pages

Wednesday, November 28, 2012

Lu Tiada



Hari ni pagi-pagi lagi aku dah angin. Angin satu badan. Aku yang selama ni mendengar sahaja kali ini masuk campur. Tak tahan kalau maruah bangsa dipijak-pijak sampai nak lumat.

"Itu kelajaan (kerajaan) teluk (teruk). Banyak teluk. Semua balang (barang) naik. Melayu talak (tidak) guna. Sokong sama itu kelajaan. Ini kali pangkah sama pakatan. Balu (baru) senang," kata seorang cina yang beli barang bersama aku di kedai sayur tadi. Tauke kedai sayur, seorang melayu, tersenyum payah. Dia penyokong kerajaan. Hampir setiap hari bercakap pasal politik dengan cina ni. Cina ni pula berniaga di kampung.
"Kelajaan kena adil. Kena layan cina sama dengan melayu," katanya lagi.
Tauke kedai sayur tu diam. terus tersenyum payah.
"Kalau cina tak ala (ada) itu kelajaan susah. Kita semua berniaga. Bayar banyak cukai maa..."
Tauke kedai sayur tu terus diam. Terus sahaja tersenyum payah.
Aku panas telinga. "Kalau kerajaan tak ada cina pun susah juga," kataku.
Peniaga cina itu terus menumpukan perhatiannya kepadaku.
"Siapa bagi cina senang sekarang?" tanyaku. "Kerajaan ini juga."
Peniaga cina itu terdiam.
"Siapa bagi cina senang sekarang?" tanyaku lagi.
Peniaga cina itu diam lagi. "Orang melayu! Kalau kita tak bantu orang cina, lu tiada maa..."
Peniaga cina itu diam. Bayar sayur yang dibelinya dan terus beredar dari kedai sayur tu.

Kadang-kadang kita perlu ingatkan siapa mereka. Mereka memang menguasai hampir kesemua sektor perniaagan di Malaysia ni. Tapi mereka jangan lupa bahawa hasil kemewahan mereka itu adalah kerana dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan yang dipimpin oleh orang melayu sejak merdeka. Mereka jangan lupa bahawa walaupun orang melayu kurang berniaga tetapi mereka ada kuasa membeli yang besar. Orang cina bergantung kepada melayu untuk kaya raya. Kalau orang melayu tidak membeli daripada mereka, mereka ingat mereka boleh sukses dalam berniaga? Jangan sampai satu hari nanti orang melayu boikot kedai-kedai dan semua perniagaan cina. Masa tu baru mereka tahu langit tinggi rendah.

Macam tu lah kalau bangsa melayu berpecah-pecah dan lemah. Bangsa lain mulalah naik tocang. Berani kutuk dan hina orang melayu sesuka hati mereka. Mereka ingat melayu ni lekeh ke dalam hal berniaga ni? Kita ni bangsa berdagang dulu, kalau cina macam peniaga cina tadi tak tahu. Kita juga Raja Laut satu masa dulu. Kalau dia tak tahu. Jadi jangan main-main dengan melayu.

Rasis? Kalau nak anggap begitu, anggaplah. Aku tak kisah pun. Bila orang melayu cakap tentang bangsa lain dan hak bangsanya, lekas-lekas dianggap rasis. Kalau bangsa lain menghina bangsa melayu dan menuntut itu dan ini untuk bangsa mereka, tidak pula dianggap rasis!

Puisi 'Melayu' Karya Usman Awang :


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "


p/s : Apa makna dia kalau pangkah Pakatan akan senang? Kenapa dia beria-ia sokong Pakatan? Korang fikirlah sendiri....



No comments:

Post a Comment