Pages

Friday, November 23, 2012

Berhentilah Rajagopal!



K Rajagopal


Sampai bila hendak bereksperimen? Muak!

Ranking terbaru pasukan bolasepak Malaysia ialah di tangga ke 162 dunia.

20 hb November nanti, Malaysia akan lawan Bangladesh. Bangladesh sekarang ni di ranking ke 167. Kalau seri atau kalah memang eloklah FAM mula berfikir secara waras untuk memecat Rajagopal. Ganti dengan Ong Kim Swee atau sesiapa sahaja yang betul-betul serius dengan setiap perlawanan walaupun perlawanan persahabatan. Bukan asyik nak bereksperimen sahaja.....

Aku sayang Malaysia. Aku bangga Malaysia. Seperti kata Ultras Malaya : "Oh Malaysia Kau Kebangganku!" dalam lagu Kau Kebanggaanku.




Barangkali Rajagopal perlu memahami betapa dalamnya sentimen penyokong terhadap pasukan bolasepak Malaysia. Tidakkah dia merasa sesuatu bila mendengar lagu Negaraku dinyanyikan di stadium :




Bertindak dengan waras FAM. Sebelum penyokong Malaysia hilang kepercayaan.







No comments:

Post a Comment