Pages

Wednesday, November 28, 2012

"Gadai Ibu Pada Along'



Kuala Lumpur - Hanya kerana berhutang RM10,000, seorang ibu digadai oleh anak lelaki sendiri untuk melepaskan diri daripada cengkaman sekumpulan tiga along. Ibu malang berusia 63 tahun itu mengalami pengalaman menakutkan sepanjang ditahan sebelum barang kemasnya dirampas.

Kata Zabedah, "Menurut mereka anak saya sudah membuat perjanjian untuk menukar saya dengan dia. Tak sangka anak saya sanggup berbuat demikian."

Katanya lagi, "Saya ditahan empat jam dan terpaksa menyerahkan semua rantai, gelang dan cincin emas yang semuanya bernilai RM5,000 sebelum mereka membebaskan saya."

Warga emas itu juga berkata, sejak kejadian itu anak lelakinya itu tidak pulang ke rumah dan dia juga gagal menghubunginya.

"Biar apa pun salahnya, saya sudah maafkannya. Saya berharap dia segera pulang ke rumah."

Sumber : Harian Metro


Komen aku :

Pertama, anak jenis apalah yang sanggup gadai ibu sendiri untuk lepaskan diri daripada along ni. Kalau dah pandai pinjam pandai-pandailah bertanggungjawab. Janganlah nak libatkan ibubapa. Terutamanya kalau ada kaitan dengan along. Along ni bukan ada hati perut. Korang pinjam korang mesti bayar balik. Kalau tidak keluarga jadi mangsa.
Kedua, lihatlah kasih seorang ibu kepada seorang anak. Walaupun anak itu telah melakukan sesuatu yang meluluhkan hatinya tetapi dia masih berupaya memberi maaf. Benarlah kata orang bahawa kasih ibu itu tiada taranya.

Fikir-fikirkanlah.








No comments:

Post a Comment