Pages

Saturday, November 24, 2012

Dendam Gadis Top-Up - Lelaki Derita Dikunci Nafsu





SUNGAI BULOH: Akibat cuba memainkan perasaan seorang wanita warga Thailand walaupun sudah mempunyai kekasih, seorang lelaki menerima nasib amat malang sebaik mendirikan rumah tangga apabila nafsunya dikunci hingga tidak bermaya setiap kali mahu bersama isteri.
Itu keluhan lelaki hanya mahu dikenali sebagai Shahrul, 25, yang percaya masalahnya itu angkara wanita terbabit yang ingin merosakkan rumah tangganya selepas mengugut berbuat demikian sekiranya dia berkahwin dengan wanita lain.
Shahrul berkata, pada mulanya dia menyangka menghadapi masalah seksual atau lemah tenaga batin sejurus melangsungkan pernikahan dan selepas berbincang dengan isteri, mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian, namun pegawai perubatan mengesahkan dia sihat dan normal.



Shahrul menceritakan masalahnya kepada Harian Metro

Berikutan itu, Shahrul bersama isteri berbincang dengan keluarga dan mereka dicadangkan berubat secara Islam kerana mungkin ada pihak menggunakan cara halus untuk merosakkan rumah tangganya.


Menceritakan kembali kisahnya selepas menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan Islam di sini, Shahrul berkata, dia kesal kerana mempermainkan perasaan wanita negara jiran itu yang juga pembantu di sebuah kedai alat telekomunikasi.

Sumber : Harian Metro


Apa yang berlaku kepada Shahrul boleh diumpakan seperti peribahasa melayu ini : 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya.' Begitulah akibatnya jika kita cuba mempermainkan perasaan orang terutamanya jika ia melibatkan perasaan kasih dan sayang. Tetapi alhamdulillah dia sudah sedar. Tindakannya pergi berubat secara perubatan Islam memanglah satu tindakan yang amat bertepatan. Tidak ada hospital kerajaan mahupun swasta sehebat mana pun yang mampu mengubati penyakit-penyakit yang berpunca daripada sihir begini. Pakar akan kata kita sihat dan normal. Tetapi bila kita ke pakar perubatan Islam barulah jelas penyakit apa yang sedang kita hidapi. Tetapi janganlah pulak ke bomoh yang mengamalkan ilmu hitam. Silap haribulan sekejap saja sakit tetapi lebih merana di kemudian hari.

Fikir-fikirkanlah.





No comments:

Post a Comment