Pages

Tuesday, November 20, 2012

Baju Renang Untuk Dia



Dia selalu kata dia boleh berenang. Tapi aku macam sedikit sangsi saje. Bukan apa, kawan, sebab tak pernah tengok dia berenang. Selalunya terapung badan saja. Itupun sekejap sahaja. Lepas tu blurb, blurb.... tenggelam. Macam di Kamal Lodge dulu. Baca Di Sini. Tapi hari tu, di kolam renang Hotel Hydro Baca Di Sini , tiba-tiba sahaja dia melonjakkan badan dan berenang dari satu hujung kolam ke hujung kolam yang lain. Macam silap mata pun ada! Terkejut aku dibuatnya. Terlopong dalam bangga.
Jadi sebagai penghargaan aku pun tergerak hendak belikan dia baju renang yang sudah lama diidamkannya. Lepas ni kalau ke kolam renang hotel tak adalah risau kemungkinan akan dihalau penjaga kolam renang. Hehehe....

Sabtu lepas kami pun keluarlah pergi beli baju renang....

Jom shopping baju renang

Mula-mula pergi Parkson Sunway Carnivall Mall di Seberang Jaya. Kat situ ada bahagian yang jual baju renang ni. Lagipun nak guna baucer diskaun Parkson.

Jimat RM60

Masuk dalam Parkson terus pergi bahagian baju renang. Pi balik pi balik akhirnya melekat kat Arena.



Belek-belek setiap jenis baju renang Arena akhirnya beli juga sehelai. Yang penting okey dan mampu dibeli. Isteri pun beratur kat kaunter untuk bayar.




Bayar guna baucer diskaun Parkson dan ditambah dengan duit tunai :



Baucer diskaun Parkson dan duit tunai bertukar tangan. Isteri dapat apa yang dia mahu. Senyumnya bukan main....



Yang tadi tu beli baju renang saje. Seluar? Pakai yang lamalah. Boleh caya ka?

Kemudian terus gerak Quensbay Mall. Sampai sana payah nak parkir kereta. Kenapa? Baca Di Sini Akhirnya parkir kat tepi jalan. Masuk Quensbay Mall. Jalan-jalan. Masuk Borders, Harvey Norman, Nichii dan macam-macam lagi. 

Jalan-jalan di Quensbay Mall. Baju dari RumahJersi. Klik Sini


Akhirnya kaki melangkah masuk ke dalam Jusco. 

"Jom tengok swimming suit," ajak isteri aku.
"Kan dah beli," kataku.
"Alah... saja tengok je...."
"Kalau murah nanti makan hati pulak," balasku.
"Tak adenya. Okey je...."


Kaki sampai juga ke bahagian baju renang. Terus tuju Schawarzenbach. 



Belek punya belek, ditambah pula promoter yang pandai ambil hati, sudahnya isteri aku berkenan kat seluar renang Schawarzenbach. Belilah jawabnya. Lagipun dia kata seluar renang yang lama dah longgar. Bolehlah terima alasan tu.

Isteri beratur lagi. Tapi okey saje sebab dapat yang disukai

Selesailah shopping baju renang untuk si adik manis aku seorang ni. Sampai di kereta, di cermin tingkap, di bawah wiper, sekeping kerta terketar-ketar ditiup angin. Aku ambik kertas tu dan terus sumbat dalam laci kereta. Malas nak tengok dah. Dah tahu daripada siapa. 

Isteri masuk kereta terus belek-belek baju dan seluar renang yang baru dibeli tadi. Puas hati sungguh dia.



Dia puas hati, aku lagi puas hati.






No comments:

Post a Comment