Pages

Friday, November 23, 2012

Kemalangan Konvoi Motosikal - Seorang Maut Dan Enam Parah




Petaling Jaya 22 Nov. - Keseronokan 12 penunggang motosikal berkuasa tinggi mengambil cuti dan berkonvoi beramai-ramai bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mereka terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan seorang penunggang dan mencederakan enam yang lain di Kilometer 13.6, Lebuh Raya Baru Lembah Kelang (NKVE), di sini hari ini.
Kemalangan kira-kira pukul 11.30 pagi itu meragut seorang ahli Kelab Bikers Tengku Mahkota Johor, Ishak Jaafar, 52, dan mencederakan enam orang termasuk isterinya dan Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi, Johor, ASP Kamardin Yusof.
Kumpulan terbabit dalam perjalanan menuju ke Phuket, Thailand.
"Tiba ditempat kejadian, sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Honda CRV yang berada di lorong tengah tiba-tiba membelok masuk ke lorong kanan. Kenderaan itu kemudian menghimpit dan merempuh dua motosikal yang mendahului konvoi di laluan paling kanan lebuh raya berkenaan menyebabkan penunggangnya terjatuh dan mengalami cedera parah," kata jurucakap polis. Beliau berkata, keadaan bertambah teruk apabila pemandu Honda CRV yang panik bertindak memberhentikan  kenderaannya secara tiba-tiba menyebabkan beberapa rakan mangsa termasuk Ishak yang mengekori di belakang gagal mengelak daripada merempuh antara satu sama lain.

sumber : Utusan Malaysia.

Nak tengok foto-foto kemalangan tersebut dan kronologinya,  klik sini




No comments:

Post a Comment