SIASAT...unit penyiasatan bomba menjalankan siasatan di lokasi kejadian, semalam
Tawau : Seorang suami, Robert, 30, hanya mampu meraung apabila isterinya yang sakit dan tidak mampu bergerak, rentung dalam kebakaran rumah mereka, semalam. Lebih menyedihkan, ketika kebakaran si suami keluar mengambil gaji yang ingin digunakan bagi menyewa kereta membawa isterinya, Rensiana Bara, 25, ke hospital. Sekembali ke rumah, Robert terkejut dan hanya mampu meratap kematian Rensiana yang mayatnya ditemui rentung dalam keadaan terlentang di bilik tidur. Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri, tetapi gagal kerana kedua-dua kakinya yang sakit dan membengkak menyebabkan dia tidak mampu bergerak.
Sumber : Harian Metro
Semoga Robert tabah.
SubbahnnAllah. Semoga dorang tabah dgn dugaan menimpa :D
ReplyDeleteEntry PANAS! : [KLIK] Pentingnya Chatbox pada blog anda!.