Harimau Malaya menang dengan Laos malam tadi dengan jaringan 4-1. Seluruh penyokong lega. Walaupun menang dengan pasukan yang boleh dianggap bukanlah kuat tetapi ia amat bermakna. Kemenangan tersebut membuka semula peluang untuk Harimau Malaya melangkah ke separuh akhir. Seterusnya mempertahankan Piala AFF Suzuki yang disandangnya dua tahun lepas.
Aku tengok di rumah sahaja. TV1. Siaran lain - CSI yang jadi rancangan kegemaran isteri aku tu - alamatnya direkod sahajalah. Mujur ada aplikasi PVR ASTRO. Aku dapat tengok bola. Isteri aku pulak tak terlepas tengok CSI.
Perlawanan bermula....
Shafiq Rahim mengambil sepakan percuma. Gol!!!!
1-0 pada minit ke-15
23 minit kemudian, Laos menyamakan kedudukan. 1-1. Berdebar dah ni. Safee Sali dan NorShahrul Idlan Tahala dapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal untuk menyempurnakannya. Penyokong resah sehinggalah sampai waktu rehat.
Pada minit ke-66 akhirnya Safee Sali menemui sentuhan golnya yang pertama dalam kejohanan ini. Aku melompat seronok dari sofa.
2-1 di minit ke-66
Penyokong bersorak gembira. Stadium Bukit Jalil bergema. Harapan kembali membara.
Masih berbisa.....
Kemudian giliran Wan Zack pula menjaringkan gol selepas 9 minit Safee Sali menjaringkan gol
Terima kasih Zack
3-1 di minit ke 75
Khyril Muhymeen yang masuk menggantikan Safee Sali terus sahaja menjaringkan gol. Harimau Malaya sudah mula mengamuk...
4-1 di minit ke-79
Penyokong bersorak gembira. Bangga. Hendakkan gol lagi. Beberapa peluang lain dicipta tetapi gagal disempurnakan.
Keputusan akhir, 4-1. Malaysia menang bergaya.
Salut untuk :
Dan juga salut untuk :
Eksperimen anda sudah selesai. Tetapi misi masih jauh dari selesai.
bangga Harimau Malaya menang semalam..tapi untuk ke separuh akhir Harimau kena baham Garuda...
ReplyDeleteIn Sha Allah.... Harimau Malaya akan terus garang menerkam. Menerkam Garuda sehingga sayapnya patah kelak.
ReplyDeletealhamdulillah. moga harimau terus mengaum. ayuh sokong depa. hehe
ReplyDelete