Pages

Thursday, November 15, 2012

Foto Kewartawanan Terbaik Dunia 2012

World Press Photo baru sahaja mengumumkan pemenang keputusan peraduan tahunan berprestij yang dianjurkan mereka. Tahun ini foto kewartawanan terbaik tahun 2012 dimenangi oleh sekeping foto yang dirakam oleh Samuel Aranda, seorang photojournalist bebas untuk The New York Times dan El Magazine de la Vanguardia dan lain-lain. Dia berwarganegara Sepanyol. Foto terbaik tersebut :


Fatima al-Qaws sedang memangku anaknya Zayed (18) yang menderita kerana gas pemedih mata selepas terlibat di dalam demonstrasi jalanandi Sanaa Yaman pada 15 oktober


Bagi aku gambar-gambar yang paling menangkap perhatian ialah ini :


                         
         Tsunami yang melanda pesisiran Jepun. Pemenang kategori 'Spot News'




Potret Toku Konno, mangsa yang selamat dari bencana Tsunami. Tempat ketiga kategori Potret



Foto seorang gadis sedang menangkap ikan di Sungai Congo. Tempat kedua dalam kategori Kehidupan Harian 



Foto perempuan bernama Maria yang merupakan seorang penagih dadah dan juga pelacur. Tempat kedua di dalam kategori isu kontemporari


Adakah  foto-foto tersebut meninggalkan kesan kepada korang?







1 comment: