Pages

Saturday, November 24, 2012

Korang Dah Beli Baju Raya?


Korang dah beli baju raya? Lambat lagi ya tak. Hari Raya Aidilfitri tahun depan jatuh pada 8 ogos 2013. Sekarang 24 November 2012. Masih berbaki 8 bulan lebih lagi tu. Siapa yang dah beli baju raya?

"Abang, In dah beli baju raya," kata isteri aku.
"Apa?" tanyaku. Dengar tapi sengaja mahu mengesahkan apa yang baru kudengar tadi.
"Dah beli baju raya," katanya dengan mata yang terkedip-kedip. Bodek.
"Ooo." O sajalah aku. Dah dibeli.

Isteri aku ni memang macam ni. Beli baju raya kadang-kadang sampai setahun sebelum raya. Tahun lepas pun macam tu. Dia beli baju raya kami elok-elok lepas dia dapat bonus. Maksudnya dalam bulan Januari 2012 macam tu. Tahun ni lagi cepat. Bulan November 2012 dah beli. Beli saat-saat akhir untuk baju raya mama aku saja Baca di sini.

Jadi tadi, dia pun tunjuklah kain yang nak dibuat baju raya tu. Aku pun hairan jugak bila dia beli. Rupa-rupanya beli secara online. Daripada kakak kawan dia. Melalui facebook Klik sini - Diana Rizal D. Pastikan korang dah buka facebook baru klik ya. : )

Inilah kain yang dibelinya :

Cantik. Mesti ada pink kut mana pun. Fanatik pink betullah

Aku puas hatilah dengan pilihan dia tu. Makna kata raya akan datang baju melayu aku warna kelabu ungu le. Eh, kelabu ungu ke ungu kelabu ni? Apa-apalah. Tapi warna macam kain kat atas tu le... . Ada ke dia suruh aku beli baju melayu sekarang. Senang dia kata. Bulan Januari dah boleh tutup buku bab beli baju raya. Yang ni aku bangkang le. Kali ini aku nak beli baju melayu hujung-hujung nak raya. Aku rasa warna baju melayu kelabu ungu atau ungu kelabu ni senang nak cari kut. Hehehe....

"Abang, yang ni pun cantik kan?"
Aku senyum saja.
"Abang, yang ni pun cantik kan?" katanya sambil terus mengula-gulakan ku. Aku tahu akal dia. Dia nak beli lagilah tu. Memang semuanya cantik-cantik belaka. Sapa-sapa pun akan rambang mata.
"Satu lagi ya?"
Aku senyum saja......

Siapa yang dah beli baju raya? Yang aku tahu isteri akulah........




No comments:

Post a Comment