Apabila anda mengantuk, kepala menjadi berat dan anda sukar membuka mata. Anda juga menguap beberapa kali sehinggalah terpaksa tidur untuk mengatasi masalah tersebut.
Pelbagai teori telah dikemukakan oleh para saintis tentang fenomena kenapa manusia menguap. Satu daripada teori saintis yang sering diterima pakai oleh ramai adalah tindak balas menguap disebabkan oleh otak tidak menerima oksigen yang mencukupi.
Oleh itu perbuatan menguap yang berlaku secara automatik dikatakan adalah sebagai tindak balas tubuh manusia mendapat lebih banyak oksigen untuk kegunaan otak. Berdasarkan kajian saintifik penyebab perbuatan menguap dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu fisiologi, kebosanan dan tindakan semula jadi tubuh untuk menyejukkan otak.
Namun sejauh mana kebenaran teori tersebut masih belum dapat dipastikan dengan tepat
Tetapi ada satu hal yang pelik tentang menguap ni. Ia boleh berjangkit. Bila korang tengok orang menguap, tak kira di mana dan masa bila, beberapa saat lepas tu pernah tak korang nak ikut menguap sekali. Walaupun cuba ditahan sehingga bergenang air mata, akhirnya korang menguap juga. Tak lama kemudian fenomena tu menjangkiti kawan-kawan yang lain pula. Sebab itulah aku kata menguap ni penyakit berjangkit. Kenapa jadi begitu? Kajian terbaru menunjukkan bahawa ia adalah bentuk empati (daya menyelami dan memahami perasaan orang lain) sosial. Menguap paling mudah berjangkit pada orang yang mempunyai ikatan kekeluargaan dengan si penguap. Diikuti oleh kawan-kawannya dan terakhir pada orang yang tidak dikenali. Kajian juga mendapati bahawa menguap mengambil masa yang lebih lama untuk menjangkiti orang yang tidak dikenali berbanding yang dikenali.
Malah dikatakan jika melihat gambar orang menguap pun kita boleh tiba-tiba menguap. Korang tak percaya? Cuba perhati gambar-gambar kat bawah ni lama-lama.
Dah menguap?
Malah baca dan dengar perkataan menguap pun kita boleh menguap secara tiba-tiba.... Tak percaya? Baca ni :
menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap,menguap
Korang menguap tak?
Tak menguap?
Korang memang imun terhadap menguap. Korang ambik vaksin apa? Hehehe....
No comments:
Post a Comment