JITRA: Seorang lelaki yang ditinggalkan isteri tergamak mengusir ibu kandungnya keluar dari rumah mereka di Kampung Malau, di sini, semata-mata untuk memadu kasih dengan pasangannya sejak seminggu lalu.
Tindakan lelaki berusia 30 tahun yang masih berstatus suami orang itu terbongkar apabila dia dan pasangannya dicekup kerana disyaki berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), pada jam 11.45 malam kelmarin.
Menurut sumber penguat kuasa agama daerah, sebelum melakukan serbuan, pihaknya menerima maklumat lelaki terbabit mengusir ibunya daripada rumah itu semata-mata untuk membolehkan dia tinggal bersama teman wanitanya.
“Maklumat itu kami peroleh daripada pengadu yang juga pihak yang rapat dengan lelaki terbabit dan pengadu itu memberitahu tindakan keji lelaki terbabit menyebabkan ibunya terpaksa menumpang di rumah jiran.
“Malah, ibunya takut pulang ke rumah kerana anaknya mengugut mahu membunuhnya jika dia pulang,” katanya.
Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Sumber : Harian Metro
Apalah nak jadi dengan lelaki zaman sekarang ni. Buat para lelaki semua (termasuk yang perasan perempuan), dalam hidup kita selepas Allah, Nabi Muhammad SAW, orang ketiga terpenting adalah ibu. Keempat bapa dan kemudian barulah isteri kita. Sabda Rasullullah SAW ketika ditanya oleh seorang anak lelaki :
Ia berkata, ''Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak saya perlakukan dengan baik?'' Nabi menjawab, ''Ibumu.'' Ia bertanya lagi, ''Kemudian siapa lagi?'' Nabi menjawab, ''Ibumu.'' Kemudian ia bertanya lagi, ''Kemudian siapa lagi?'' Nabi menjawab, ''Ibumu.'' Ia masih bertanya lagi, ''Kemudian siapa lagi?'' Nabi menjawab, ''Bapakmu.'' Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Kalau para lelaki faham itu dan kaum perempuan faham itu amanlah masyarakat. Dalam kes ini bukanlah isterinya tetapi pasangannya dan untuk melakukan maksiat pulak. Memang tiada tempatlah jika hendak dibandingkan dengan ibunya.
Mudahan-mudahan, kita doakan lelaki itu mendapat petunjuk daripada Allah. Kerana kasihnya ibu membawa ke syurga. Dan doanya mustajab disisi Allah SWT.
Fikir-fikirkan....
No comments:
Post a Comment