Pages

Tuesday, November 20, 2012

Keputusan UPSR 2012 (Satu Renungan)




Ramai rakannya sudah dipanggil nama mereka. Kebanyakkannya memperolehi 5A. Dia takut dan gelisah kerana namanya belum dipanggil. Dia teramat pasti dia tiada di dalam senarai pelajar yang mendapat 5A. Dia nekad untuk melarikan diri. Bila namanya diumumkan mendapat 5A, dia tiada di situ. Para guru dan ibubapanya cemas. Guru yang bertugas mengumumkan namanya berkali-kali melalui pembesar suara supaya dia kembali ke dewan setelah majlis penyampaian hadiah selesai. Ibunya menangis sepanjang kehilangan anak sulungnya itu. Bapanya mencari sekitar kawasan sekolah. Tetapi gagal. Namun bapanya tidak putus asa. Mencari pula di luar kawasan sekolah. Akhirnya Hafiz Shakirin Abd. Halim itu pun ditemui bapanya di dalam Dewan Jubli Perak berhampiran Masjid Jamek Johor Bharu yang berada kira-kira satu kilometer dari sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2 itu.

  
Norlida Mohd Yusof lega kerana bertemu semula dengan anaknya, Hafiz Shakirin


p/s : Norlida, ibu Hafiz Shakirin, memberitahu anaknya ada berkata dia akan melarikan diri jika gagal mendapat 5A.

Sekadar catatan dan renungan :

Gagal sekali itu bukan bererti gagal selamanya. Kebanyakkan orang yang terkenal telah gagal berkali-kali sebelum berjaya. Contoh yang paling terkenal ialah Thomas Edison yang telah melakukan beribu kali eksperimen untuk menghasilkan lampu pijar yang lebih tahan lama. Begitu juga novelis terkenal Ernest Hemingway yang terpaksa menjaja novelnya yang terkenal 'The Old Man In The Sea' ke berbelas-belas syarikat penerbitan sebelum berjaya diterbitkan.

Ramai daripada kita berputus asa selepas beberapa kali mencuba di saat kejayaan itu sudah begitu hampir dengan kita.

Aku dulu UPSR dapat 2A 1B 1C. Sekarang okey je.....

2 comments: