Saturday, November 17, 2012
Mati Yang Sekejap
Melatonin merembes sejak mula pukul 10 malam. Jadi pukul 11 malam kantuk mula menarik kelopak mata. Akibatnya, pukul 11.15 malam aku masuk bilik dan tidur sebelah isteri. Pukul 3.30 pagi aku bangun seperti biasa. Sudah bangun awal begini sejak 13 tahun yang lalu. Tak payah set alarm pun (tapi disetlah juga) memang akan bangun sendiri. Automatik. Tubuh sudah set masa aku bangun tidur tidak dapat tidak pukul 3.30 pagi. Selepas itu terpulanglah pada aku samaada nak terus tidur ke (susah nak lakukan ini) atau bangun dan terus mandi.
Bangun tidur tadi aku tiba-tiba terfikirkan satu perkara. Bayangkan kita buka mata tiba-tiba apa yang kita lihat sebelum tidur tadi sudah tidak ada. Tiba-tiba di sekeliling kita adalah tanah. Kita sudah mati. Kecut perut aku memikirkan itu. Amalan tak cukup. Bekalan akhirat sudah tentu kurang. Dosa berlambak. Pahala sejemput.
Mati yang sekejap ini mengingatkan aku kepada nasihat Rasulullah yang bermaksud orang yang paling bijaksana ialah orang yang selalu mengingati mati dan membuat persiapan untuknya.
Ayuh, kawan, kita membuat persiapan!
p/s : Melatonin ialah hormon yang membuatkan kita merasa mengantuk. Keluar dari kelenjar pineal bermula pukul 10 malam hingga 6 pagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Moga2 kita mendapat husnul khotimah ;)
ReplyDelete