"What is real. How do
you define real?" (Morpheus -The Matrix)
Terjemahan : "Apa itu realiti. Bagaimana anda mendefinisikan realiti?"
Kawan, apa itu realiti? Benarkah dunia yang fana ini satu realiti? Bukankah dunia selepas mati itulah yang kekal abadi? Jadi, kawan, apakah sebenarnya dunia yang kita huni ini? Bagaimana ia boleh menjadi realiti sedangkan ia sebenarnya fiksi.
Kata kuncinya : Bagaimana kita mendifinisikan realiti? Kita mendifinisikan realiti melalui pancaindera - tangan, mata, lidah, telinga dan hidung. Cuba bayangkan kita tanpa pancaindera tersebut. Adakah boleh kita menganggap dunia yang kita huni sekarang adalah real? Bagaimana kita hendak menjelaskan tentang biru langit misalnya jika minda kita tidak dapat mengaitkannya dengan sesuatu yang berwarna biru juga seperti laut. Kita tidak mampu mentakrifkan apakah warna biru itu selain mengaitkannya dengan benda yang berwarna sama. Itulah yang dinamakan relatif.
RELATIF ADALAH SATU KEMAHIRAN MANUSIA UNTUK MENJELASKAN SESUATU YANG TIDAK
MAMPU UNTUK DIJELASKANNYA.
Kita sebenarnya hidup di dalam Matrix! Matrix adalah apa yang anda percaya. Matrix terdiri daripada relatif-relatif. Maksudnya dunia yang kita huni adalah palsu belaka.
“Sesungguhnya kehidupan
dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertaqwa,
(maka) Allah akan memberikan pahala kepadamu, dan Dia tidak meminta
harta-hartamu”. (surah Muhammad ayat 36)
No comments:
Post a Comment