Monday, November 26, 2012
Bercuti Cara Kami
Korang perasan tak empat posting aku akhir-akhir ni di bawah label Jalan-Jalan semuanya mengenai percutian di Feringghi. Kalau yang dah lupa boleh klik semula di : Hotel Hard Rock Yang Rock, Cerita Di Hotel Copthorne Feringghi, Pulau Pinang, Dendam DiBayar Di Hydro dan Feringghi Lagi. Ia dilakukan kerana bersebab. Aku dan isteri baru selesai bereksperimen. Ya lah, kami ni bukan orang berada. Kerja pun biasa-biasa saja. Jadi pendapatan pun tentulah biasa-biasa juga. Kalau nak bercuti pun mestilah tengok pada apa yang ada. Setakat nak hilangkan stress tak mampulah nak tenangkan diri di London, Paris atau Venice. Jadi melalui beberapa siri eksperimen itu, kami menyimpulkan bahawa :
Okey juga jika bercuti di tempat yang dekat-dekat dengan tempat tinggal. Contohnya Feringghi untuk kami yang tinggal di Kulim. Perjalanan dari Kulim ke Feringghi ambil masa 45 minit ke 1 jam sahaja. Kenapa okey?
1) Jimat duit - Kos minyak, tol dan lain-lain. Duit yang dijimatkan ni bolehlah korang buat benda lain. Macam aku dan isteri kami guna duit jimat tu untuk beli nasi goreng dan chicken chop masa bercuti di Hydro. Bercuti kat Hydro hari tu RM300 pun dah cukup. Termasuk duit hotel yang dibeli melalui agoda.com
2) Kurang stress - Kalau bercuti jauh kenalah memandu lama. Stress memandu lama ni.
3) Jimat masa - Tak buang masa atas jalan untuk ke tempat bercuti
4) Mileage kereta - Dah tentu kurang sebab dekat. Jadi tak adalah teruk-teruk nak servis kereta sebelum atau selepas balik bercuti. Duit lagi tu....
5) Sama hasilnya - Bercuti dekat atau jauh hasilnya adalah sama - dapat ketenangan, boleh relaks, manjakan diri dan jauh dari kerja.
Nasihat aku, kalau korang bercuti hanya untuk dapatkan ketenangan dan rehatkan badan, cari saje tempat percutian yang dekat-dekat dengan tempat tinggal korang. Tak perlu jauh2. Kecuali jika korang memang nak tengok tempat orang. Itu kena travellah.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment