Isteri mohon rumah peranginan TNB di Cameron Highlands. Alhamdulillah permohonan diluluskan. Dapatlah adakan perhimpunan kecil keluarga. Walaupun tak semua yang dapat menghadirkan diri. Aku, isteri, Hidzir (adik aku), Siti (isteri adik aku) Qasrina dan Ambar (anak-anak adik aku @ anak saudara aku) bergerak dari Pulau Pinang. Bapa dan ibu mertua serta Aidil (adik ipar aku) bergerak dari Perak. Sementara Aswad (adik ipar aku) dan isterinya, Yan bergerak dari Mempaga, Pahang.
Dalam perjalanan ke Tanah Rata, grup kami dari Pulau Pinang take five di Green View Garden. Lenguh badan memandu. Orang kata ikut Simpang Pulai jalan lebar. Memang betul. Tapi perjalanan makan masa panjang.
Layan Qasrina tengok ikan
Bagi peluang pada abah dan uminya berdua-duan. Hehehe
Masing-masing sampai di rumah peranginan TNB tu pada sebelah petang. Sekitar pukul 3 petang. Petang itu hujan turun di kawasan peranginan tanah tinggi yang terkenal itu. Pijak lantai rumah kaki serta merta berasa dingin. Sejuk bukan main. Halaman lengkap dengan gelungsur dan buaian hanya mampu dipandang geram oleh Qasrina dan Ambar.
Rumah Peranginan TNB Cameron Higlands
Hujan
Pandang saja. Main tak boleh!
Petang tu kami ke pasar malam Tanah Rata. Payah betul nak pakirkan kereta. Mujur ada ruang kecil di bahu jalan. Dalam renyai-renyai kami selusuri pasar malam tu. Beli apa yang patut untuk dan kemudian pulang ke rumah peranginan.
Entah beli apa la diaorang ni.....
Oh, sarung tangan.... Sejuk ya. Sapa kata Cameron dah panas? Mungkin kurang sejuk saja kut
Jumpa pulak gerai jual strawberi coklat
Puan Umi tengah mengadili rasa strawberi coklat...yummmyyy youuu....
Dah siap shopping. Jom balik
Malam tu kami berbarbeku. Tercabut tangan Hidzir dan Aswad mengipas arang untuk hidupkan api. Masa bercadang nak berbarbeku tak terfikir pulak tempat ni sejuk. Memang payahlah api nak hidup. Siap pakai petrol. Api menyambar. Asap penuh dalam rumah. Nasib baik tak terbakar saja. Nak tergelak pun ada. Rasa bodoh pun ada. Hidzir dan Aswad terus kipas dan kipas. Lama. Sampai Puan Umi sudah panggang ayam dalam microwave. Berkat usaha mereka berdua akhirnya hidup jugalah arang tu. Jadilah juga berbarbeku.
Kipas jangan tak kipas
Tak menyala juga. Jadi tuang petrol tapi masih tak menyala juga
Selepas berpeluh akhirnya menyala juga api
Itulah kata bijak pandai : Jangan mengalah selagi belum mati!
Memang berbayor dengan penat lelah. Ayam panggang atas arang memang tak sama dengan panggang dalam microwave. Aroma dan rasanya lain. Panggang ayam sampai habis. Lepas tu baru makan ramai-ramai.
Jom makan
Dapat kumpul ramai-ramai macam ni memang baik. Erat ikatan kekeluargaan. Saling kenal mengenali.
Sembang-sembang erat kekeluargaan
Esok kami pulang. Sempat singgah di Ladang Teh Boh.
Puan Umi ber'posing' di Ladang Teh Boh
Tak payahlah teragak-agak nak ke Cameron Highlands hanya disebabkan khabar angin kata ia sudah kurang sejuk. Kurang sejuk tu betul tapi masih dingin. Tak percaya? Ini buktinya :
Minyak tu kami beli malam sebelumnya. Pagi esoknya terus beku!
No comments:
Post a Comment