Aku bangun lebih kurang jam 3 pagi hari tu (pagi ahad, 11/11/12). Tak boleh tidur semula. Jadi keluar bilik lalu terus ke ruang tamu. Capai alat kawalan jauh dan terus buka astro. Periksa satu-satu siaran. Terhenti di Citra. Filem Di Bawah Lindungan Kaabah sedang dimainkan. Mata terus melekap. Semakin lama semakin sayulah pula rasa hati. Apa-pun cerita atau filem yang membawa pertentangan antara dua darjat memang menyentuhkan perasaan. Begitulah yang ada pada novel Tenggelamnya Kapal van der Wjick oleh Hamka juga dan juga filem Antara Dua Darjat oleh Tan Sri P Ramlee. Di Bawah Lindungan Kaabah karya Hamka ini lebih begitu mengesankan di layar perak.
Antara dialog di dalam filem tersebut yang begitu menarik perhatian :
“Apakah engkau mencintai Zainab?” Lalu jawab Hamid; “Saya hanya bisa mengatakan bahawa apa yang saya rasakan untuk Zainab terlalu besar dibandingkan dengan kesedihan ketika saya difitnah dan diusir dari kampung ini.”
"Kau tidak hadir secara kasar pada mataku, namun aku tak perlukan mata untuk merasai kehadiranmu dalam jiwaku." - Hamid
“Sampai kapanpun; emas takkan setara dengan loyang, dan sutera tak sebangsa dengan benang.” – ibu Hamid
“Apapun yang akan terjadi, Hamid; ingatlah bahawa ketika engkau tak punya siapa-siapa selain Allah, Allah itu lebih dari cukup.” – ibu Hamid
“Untuk melewati badai kita harus terus berjalan, bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan, hanya ada dua hal yang harus terus kita bawa; keyakinan, dan cinta.” – Hamid.
No comments:
Post a Comment