Pages

Friday, November 23, 2012

Kemalangan Kereta Paling Ngeri Yang pernah Dirakam

Inilah kemalangan kereta yang paling ngeri pernah dirakam. Ia berlaku di sebuah negara arab. Sesiapa yang sakit jantung dan lemah semangat disarankan jangan tengok. Kalau nak tengok jugak, intai melalui celah-celah jari  korang (macam masa aku kecik-kecik dulu bila tengok cerita hantu). Ini videonya :




Mesti korang hairan kenapa pagi-pagi lagi fh (nama glamor untuk blog fitrihussin) dah tunjuk video-video kemalangan ni. Ada sebabnya. Sebabnya sebagai peringatan untuk kita semua agar memandu dengan berhati-hati dan paling penting berhemah. Iyalah, kebanyakkan daripada kita memang banyak habiskan masa di atas jalanraya. Pergi kerja, pergi makan tengahari, balik rumah, jalan-jalan, balik kampung, pulang beraya, semuanya menyebabkan kita berada di atas jalanraya. Jadi kita terdedah dengan risiko terlibat di dalam kemalangan jalanraya. Ini fakta yang korang perlu tahu tentang kemalangan jalanraya di Malaysia :

 1. Malaysia mempunyai kadar kemalangan maut tertinggi di dunia - 1 kematian setiap 100,000 penduduk.

2. Seramai 28.3 dari 100,000 penduduk Malaysia maut dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2010. Ianya 6.3 kali lebih tinggi berbanding UK, Sweden dan Belanda. 

3. Malaysia mencatat kenaikan tertinggi di antara 3 negara yang menunjukkan peningkatan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya (2000-2009) bersama-sama Argentina dan Kemboja. Sementara 30 negara lain mencatatkan penurunan. 

4. Malaysia juga mencatatkan sebanyak 18.2 kematian sehari secara purata. Ini bermakna seorang penduduk Malaysia maut dijalan raya untuk setiap 1 jam dan 20 minit.

5. Negara mencatat kerugian sebanyak RM9 bilion setahun disebabkan kemalangan jalan raya.


6. Kira-kira 60-70% punca kemalangan disebabkan kelajuan.

Sumber : Kementerian Penerangan Malaysia. Klik sini


Jadi, memandulah dengan berhemah. Kalau jarum meter kelajuan sudah melepasi angka 110 tu ingatlah berita-berita kemalangan yang pernah fh posting dan video di atas tu (terutamanya bahagian slow motion). Pasti korang akan tarik balik kaki dari pedal. 

Pesanan ini untuk diri sendiri dan korang.








No comments:

Post a Comment