Pages

Friday, November 16, 2012

Detik Debar

Semalam pergi Kedai Buku Hasani di Kulim Landamark Centre. Ingatkan hendak jenguk-jenguk sahaja. Tetapi terbelilah pulak dua buah buku. Salah sebuahnya ialah novel Detik Debar oleh Eyman Hykal. Detik Debar ni produk Alaf 21. Kiranya sahabat novelis Alaf 21 akulah.




Blurb di kulit belakang novel :

Demi menyelamatkan ekonomi negaranya yang semakin merudum, Presiden Amerika Syarikat, John Martinez menzahirkan komitmennya terhadap sistem kewangan Islam di sebuah persidangan ekonomi Islam di Malaysia. Namun niat murninya ditentang The Group, sebuah kumpulan kewangan konvesional Amerika syarikat yang didalangi puak Zionis.

31 Ogos - Hari Kemerdekaan Malaysia. Di tengah-tengah kemeriahan sambutan yang berwarna warni dan gegak gembira semua rakyat Malaysia, seorang pembunuh upahan menyasarkan senjatanya ke arah tetamu khas Malaysia, John Martinez.

Biro Risikan Negara atau BISIK mendapat maklumat tentang kemungkinan wujud cubaan membunuh lelaki no 1 Amerika itu. Perisik elitnya, Fariz Zafar diutus untuk menumpaskan rancangan jahat itu. Detik yang berlalu diharungi penuh debaran kerana ia pertaruhan hidup atau mati.


Aku baru baca tebuk-tebuk. Masih belum ada kelapangan. Besok atau lusa aku akan baca keseluruhan novel ini. Lepas tu baru aku bagi review untuk novel ni. Tunggu posting tentangnya nanti. Mungkin ulasan Ramlee Awang Murshid, novelis thriller nombor satu Malaysia ni boleh membantu korang buat masa ini :

"Ini karya Eyman Heykal yang lebih berani daripada karya sebelumnya, Meniti Maut."



4 comments: