Pages

Saturday, November 17, 2012

Apa yang Kita Boleh Lakukan Demi Palestin?





Mayat Al Jabari diusung sebelum dikebumikan. Al Jabari meninggal dunia dalam serangan ganas Israel terhadap Palestin pada Rabu lalu


Kawan, apa yang engkau rasa bila melihat gambar ini?

Sedih?

Sayu?

Jawapannya sudah pasti ya jika engkau menganggap mereka di Palestin adalah saudara seagama.

Marah?

Benci?

Jawapannya suda pasti ya jika engkau menganggap Israel Zionis adalah musuh utama kita.


Selepas itu apa kawan?

Kita teruskan hidup macam biasa. Boikot McD, Starbucks dan lain-lain produk yahudi yang menyalurkan keuntungan mereka kepada Zionis sekejap sahaja. Dua tiga minggu selepas itu bila imej kesengsaraan Palestin mula terhakis dari kepala dan skrin telivisyen, kita mula mengokak kembali Big Mac dan menyisip kopi beraroma wangi Starbucks. Bila kekejaman Zionis terhadap Palestin berlaku lagi, skrip yang sama berulang semula. Sampai akhirnya kita sudah lali dengan berita-berita kekejaman itu .

Bila tiba saat itu, tunggulah hukuman dari Allah.

Jadi, apa yang boleh kita lakukan, kawan?



3 comments: