Pages

Thursday, November 22, 2012

Apek Umum Pernikahan. Syok gila!



PETALING JAYA: Perkahwinan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan pasangannya, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, bakal berlangsung penuh gemilang dalam empat majlis dengan tema berbeza, bermula 28 Disember ini dan terakhir pada 13 Januari tahun depan.
Perkara itu diumumkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek pada sidang media di sini, semalam dan beliau turut memaklumkan, setakat ini pihaknya menerima tajaan bernilai lebih RM300,000 untuk majlis perkahwinan yang dirancang. 
Apek berkata, majlis pertama ialah upacara akad nikah yang akan diadakan pada 28 Disember iaitu selepas berakhirnya Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki yang bermula Ahad ini.




Menurutnya, majlis akad nikah itu bakal berlangsung di rumah Nur Eilunie Natasha atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan sebelum disusuli majlis resepsi di pihak pengantin perempuan pada 30 Disember di Hotel Renaissance, Kota Bharu, bertemakan Melayu Kontemporari.



“Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan diadakan pada 5 Januari di rumah saya di Kampung Cherang, Kota Bharu dengan tema Ala Kampung dan satu lagi majlis resepsi akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 13 Januari di Hotel The Royale Bintang, Damansara bertemakan Gaya Inggeris,” kata Apek.

 
Sumber  Harian Metro.


Apa yang boleh aku katakan : Pertama, tahniah buat Apek dan pasangannya. Akhirnya bertemu juga dengan pasangan hidup selepas dilanda beberapa kontroversi. Kedua, syok gila!

Kenapa aku kata syok gila? Sebab korang tengoklah tajaan yang diperolehi oleh Apek dan pasangannya -RM300 ribu!

Apek dan pasangannya mengulangi jejak beberapa selebriti negara yang mendapat tajaan untuk majlis perkahwinan mereka. 

Kelab Selebriti Kahwin Ditaja anataranya ialah : 
  1. Norman Hakim dan Memey
  2. Ezlynn dan Adam Fahmi
  3. Mawi dan Ekin
  4. Apek dan Leuniey
Siapa lagi? 

Perkahwinan gilang gemilang selebriti yang ditaja sudah menjadi satu trend. Adakah ianya satu perkembangan sihat? Apa pun mereka ni memang bertuah. Rezeki mereka. Kita, orang biasa tengok sajalah. Kecuali kalau korang ada beratus ribu bolehlah buat majlis gilang gemilang macam diaorang. Majlis kecil pun okey je. Yang penting meriah dan ikatan perkahwinan tu kekal hingga hujung nyawa. 
 
Korang nak juga majlis perkahwinan gilang gemilang macam diaorang? Siapa tak nak ya tak. Korang jadilah artis atau selebriti. Bila dah jadi artis dan selebriti pastikan jadi duta Rafflesia. Majlis perkahwinan korang pastinya bernilai juta-juta. Ya lah, nilai barang kemas yang ditaja pun dah berjuta.....

Sekadar renungan.


No comments:

Post a Comment