Pages

Monday, November 26, 2012

Buruan Polis Fanatik Apek




BUKIT MERTAJAM: Teruja dengan kehadiran pelakon dan pelawak Saiful Apek dalam operasi sekatan jalan raya, seorang lelaki yang diburu polis rela menyerah diri selepas hasratnya merakamkan gambar dengan artis idolanya itu tertunai.
Lelaki itu menunggang motosikal dan lalu di kawasan sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam, dekat sini, jam 12.30 tengah malam, Khamis lalu.
Ketika itu polis melakukan Operasi Bayan (Ops Bayan) dan program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.



EDAR...Saiful mengedarkan risalah pencegahan jenayah yang ditandatanganinya kepada pengguna jalan raya ketika Ops Bayan, Khamis lalu.


Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, berkata, ketika lelaki itu memberhentikan motosikal dia menyerahkan kepadanya risalah pencegahan jenayah yang tertera tandatangannya sempena program terbabit.

Menurutnya, lelaki itu kemudian turun dari motosikalnya dan meminta izin untuk bergambar bersama-sama sebelum membuat pengakuan dia suspek kes jenayah yang dikehendaki polis.

Sumber : Harian Metro


Lepas ni nak suruh penjenayah serah diri senang saje. Bawak mana-mana artis menyertai operasi. Macam artis ni ke :




atau 


Pasti ada penjenayah yang akan menyerah diri.


Macam-macam!












2 comments:

  1. penjenayah zaman sekarng..haha, letak la nora danish, kompom rmai :D

    ReplyDelete
  2. Outstanding post but I was wondering if you could write a litte more on this
    topic? I'd be very grateful if you could elaborate a little bit further. Cheers!

    my site ... http://micahmoney.com

    ReplyDelete