Pages

Thursday, November 22, 2012

10 Tempat Untuk Selamat Dari Hari Kiamat?



Mengikut kalendar kaum Maya yang hidup 3000 tahun sebelum kedatangan Nabi Isa a.s., dunia akan kiamat pada 21/12/2012. Satu bencana yang maha dahsyat akan menimpa bumi sehingga menyebabkan ia hancur. Pada tarikh itu bumi akan berada sejajar dengan pusat galaksi Bima Sakti yang akan mengakibatkan polar magnet bumi berganjak. Lalu mencetuskan bencana letusan gunung berapi, gempa bumi dan banjir dalam skala besar. Bumi juga dikatakan akan dihentam asteroid yang menyebabkan kemusnahan besar-besaran. Bagi menghadapi kiamat itu ada penduduk bumi yang mencari-cari tempat-tempat yang membolehkan mereka mengelak daripada kiamat. Lalu mereka menyenaraikan beberapa tempat tersebut. 10 tempat yang dikatakan paling selamat untuk mengelak daripada kiamat ialah :

1) The Greenbrier Bunker, West Virginia



2) The Kennedy Bunker, Florida




3) Emergency Seat Of The Constitutional Organs Of The Federal Republic, Germany


4) The Adirondack Missile Silo, Upstate NY



5) Atlas E Missile Bay, Kansas




6) Dixia Cheng, Beijing Underground City



7) The Wikileaks Lair, Stockolm's White Mountain



8) The Underwater Hilton Maldives Resort, Maldives



9) Charlie Hull Shelter, Montana



10) Switzerland's No Star Hotel, Switzerland





Entah apa la diaorang ni fikir. Diaorang ingat kiamat tu macam tsunami ke atau macam ledakan bom atom Hiroshima dan Nagasaki atau pun macam materoid yang menghempas bumi sehingga menyebabkan kepupusan dinosaur? Kalaulah mereka tahu apa makna kiamat tentulah mereka takkan susah-susah nak senaraikan tempat-tempat yang selamat dari hari kiamat. 

Apa itu kiamat?

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari Kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi, ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya penerangan mengenai hari Kiamat itu adalah di sisi Allah , tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." Surah al-A'raaf: 187


Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya, dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (jadi begini)?", pada hari itu bumi menceritakan beritanya,kerana sesungguhnya Rabbmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula. Surah al-Zalzalah (Ayat: 1-8)


“Apabila langit terbelah, dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya langit itu patuh, dan apabila bumi diratakan, dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong, dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah  semestinya bumi itu patuh, (pada waktu itu manusia akan mengetahui akibat perbuatannya). Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuinyNya.” Adapun orang-orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, maka  ia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah, dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang mana-mana beriman) dengan gembira.” (Al-Insyiqaaq: 1-8)


Apabila bumi pun sudah terbelah, diratakan dan memuntahkan semua isinya, serta langit juga sudah terbelah dan bintang-bintang berguguran, di mana kita ingin bersembunyi untuk menyelamatkan diri, kawan?

Tiada satu pun tempat yang selamat! Walaupun korang bersembunyi di dalam gunung yang dilitupi oleh beratus-ratus gunung lagi!

Sepatutnya apa yang kita fikir ialah : Adakah amalan baik aku sudah cukup untuk dibawa sebagai bekalan?


 Kawan, fikir-fikirkanlah.

3 comments: