Pages

Wednesday, November 21, 2012

Israel Menyerang Lagi






Hari ini masuk hari ketujuh Israel melancarkan serangan ketenteraan terhadap Genting Gaza. Sasaran terbaru mereka adalah ibu pejabat Bank Kebangsaan Islam. Ibu pejabat Bank Kebangsaan Islam itu musnah dibedil jet pejuang rejim zionis. Turut menjadi sasaran ialah pusat media yang terletak di menara Shuruq. Serangan itu meragut satu nyawa iaitu Ramez Harb, komander kanan sayap bersenjata Briged al-Quds. Dalam satu serangan lain, dua budak lelaki berumur dua dan empat tahun beserta ahli keluarga mereka meninggal dunia di kem pelarian Jabaliya. Ramai yang cedera terutamanya kanak-kanak dan wanita.

Di PBB, Rusia menuduh Amerika Syarikat dan beberapa negara lain menyekat usaha Majlis Keselamatan PBB untuk mengecam serangan Israel itu. Duta Rusi ke PBB, Vitaly Churckin akan membawa satu resolusi menggesa keganasa dihentikan dan menunjukkan sokongan sokongan kepada usaha antarabangsa terhadap keamanan di Gaza untuk diundi lewat hari ini. Satu tindakan yang lebih kuat berbanding kecaman.

Sumber : Utusan Malaysia.


Bolehkah kita berharap sesuatu? Jangan terlalu berharap.....

Jumlah Penduduk Palestin Yang Menjadi Korban Di Hari Ketujuh Dalam Siri Serangan Ketenteraan Zionis :


116 orang!




1 comment: