Israel menyerang Genting Gaza, Palestin lagi. Kali ini pada awal Muharram. Beberapa orang penduduk Palestin maut termasuk seorang perancang utama Hamas, Ahmed Jabari. Palestin mendesak Majlis keselamatan PBB menghalang operasi ketenteraan Israel itu. palestin menganggap tindakan Israel itu adalah tidak beradab.
Kata Duta Palestin ke PBB, Ritad Mansour : "Komuniti antarabangsa patut bertindak menamatkan polisi dan amalan tidak sah Israel ke atas Palestin."
Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia mendesak Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan tegas terhadap serangan tentera Israel yang menjadikan orang awam sebagai sasaran.
Soalnya ialah bolehkah kita mengharapkan Majlis Keselamatan yang selama ini memandang sepi sahaja beratus pelanggaran peraturan yang dibuat oleh Israel?
Tambahan pula hakikat bahawa PBB itu sebenarnya ditubuhkan oleh yahudi zionis!
No comments:
Post a Comment